"Weh,y'alls sekalian jangan dengar lagu Bruno Mars yang bertajuk It Will Rain tu..ada komplot untuk pesongkan akidah umat Islam. Sial punya Bruno Mars! Nasib baik aku sempat tahu"
Dari apa yang minah ni cakapkan,aku tergelak sampai keluar six packs kat perut aku. Apa guna korang ada kepercayaan tanpa menggunakan sedikit rasional yang boleh didapati dari kepala otak ko. Sikit-sikit Freemason..sikit-sikit,kemunculan Dajjal...kalau korang nak hidup terlalu paranoid camni,aku sarankan korang bermastautin ke Korea Utara. Disana korang dah tak perlu nak risaukan pasal Illuminati gini dah,even Capitalism.
First of all, lagu It Will Rain tu bukan sahaja didengari oleh dituju kepada umat-umat Islam tetapi semua orang diatas muka bumi ni. Bila ambil kira diatas muka bumi ni,semua agama pun terlibat..bukan Islam je. Dan aku pun yakin penganut-penganut agama lain pun mempunyai Tuhan juga untuk disembah? Tetapi kenapa umat Islam je yang paranoid ? Agama-agama lain seperti Kristian,Yahudi,Buddha,Scientology,Confusiusm masih steady sempoi gitu jer. Kalau korang kata,
"Eh,biarlah. Tu agama diorang. Agama Islam ni lagi tegas ."
So,aku nak tanya balik, agama yang lagi tegas ke yang perlu jadi pilihan semua orang? Islam bukanlah agama yang tegas,bahkan mempunyai banyak kelonggaran juga. For your information, agama Buddha lagi tegas dan paling tua didunia ni. Tapi kenapa penganut-penganut agama diorang takde pun complain pasal lagu tu,sana-sini. Even hukum Islam iaitu hudud pun mempunyai kelonggaran. Bukan semua benda yang dicuri kena potong tangan. Sebagai contoh, seorang pencuri mencuri sebuah kereta yang ditinggalkan ditepi jalan,dengan pintu terbuka,dan kunci didalam ( Sapa lah yang bodoh gitu ) . Kalau pencuri tu kantoi,dia takkan kena potong tangan kerana kecurian tu berlaku disebabkan kebodohan dan kecuaian pemilik. So,bagi aku hudud tu adalah rasional dan wajar dilakukan di bumi Meleis ini.
Berbalik kepada lagu Bruno Mars tu,ada banyak perkara yang boleh dilakukan selain memboikot dan postkan benda buruk pasal dia. Kalau korang ni masih terlalu lemah iman ( Aku sendiri pun ) ,tapi suka dengar lagu tu tukar je lirik daripada
"There's no religion that could save me" kepada "There's a religion that could save me"
Apa susah? Sedangkan banyak je lagu-lagu korea yang diubah atau ditranslate ke Bahasa Melayu. Sebenarnya ni bukan salah sesiapa..Bukan salah Bruno Mars,Komposer,FINAS,M Nasir mahupun Najwa Latiff. Korang tanya diri sendiri, berapa kalikah korang dengar lagu berbanding dengar ayat bacaan Quran? Kalau korang sama-ratakan antara dua tu,aku rasa korang takkan kecoh pasal benda ni . Budaya-budaya Meleis seperti berprasangka-buruk kepada semua orang dan suka menuduh orang tanpa releven dan bukti memang susah untuk dibunag. Kadang-kadang aku respek dengan perangai Meleis yang suka menuduh orang tanpa perlukan sebarang bukti untuk sabitkan orang bersalah. Macam mana lah kalau diorang jadi Polis,memang semua Meleis merangkak dalam jail lah jawabnya.
Pesanan ni ditujukan kepada semua warga 1Meleis diluar sana dan juga diri aku sendiri. Terima kasih kepada member aku, Syaiful Hakeem atas segala hujah-hujah yang relevan dan patut diterima oleh semua pihak.
P/s : Semua orang boleh menilai,tapi tak semua penilaian itu benar.
![]() |
| "Maafkanlah diri ini kalau membuatkan semua jenis agama butthurt dengan lagu saya" - Abang Bruno |

No comments:
Post a Comment